nsaffas.
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies
Hello earthlings!This is my official bloggie. This blog was born on 22 July 2010. All in this blog is Mine. No copycat here. Behave yourself!


Bigfoots!


Credits

sixteen . may . two thousand eleven I

Cerpen (:
Alangkah cantiknya pemandangan kawasan sawah padi kiri dan kanan lebuh raya yang kami lalui. aku dan keluarga dalam perjalanan balik ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri. Bapa memandu dengan agak laju. Tiba-tiba aku terdengar satu dentuman yang amat kuat. Aku berasakan badanku sakit dan kepalaku berdarah. Aku mencuba untuk keluar dari kereta dan meminta tolong kepada orang lain, tetapi sayangnya aku terlalu lemah untuk bergerak. Aku melihat keadaan sekeliling, adikku yang berada di tepiku berlumuran darah manakala kedua-dua orang tuaku tidak sedarkan diri. Air mataku mula membasahi pipi, lalu aku berdoa didalam hati. "Ya Allah, selamatkanlah kami. Berikanlah kami pertolongan, kami amat perlukannya."

Setelah lama aku menunggu pertolongan, akhirnya sepasang suami isteri yang beragama Kristian menolong kami dan menelefon ambulans untuk menghantar kami ke hospital berdekatan. Aku amat bersyukur kerana masih ada manusia yang ingin menolong kami.

Aku dimasukkan ke wad khas kerana badanku terlalu lemah dan kritikal. Aku tidak sedarkan diri untuk dua hari. Selepas beberapa hari, keadaanku semakin stabil. Aku dipindahkan ke wad biasa. Aku dirawat sepenuhnya oleh Doktor Alyna di Hospital Alor Setar, Kedah. Aku cuba mencari ibu bapaku dan adikku. Tetapi tidak diketemukan. Aku mengambil keputusan untuk bertanya kepada Doktor Alyna.

"Doktor, boleh saya berbincang dengan doktor sebentar?" sapaku. "Sudah tentu boleh. Apa yang mahu kamu bincangkan? macam penting nampaknya." Jawabnya. "Boleh saya tahu dimana keluarga saya yang lain dirawat?" Doktor Alyna terkejut dan terdiam seketika. Aku masih menantikan jawapan dengan penuh harapan. tidak lama kemudian, "Syafiqah, harap awak banyak-banyak bersabar" sambil memelukku. Aku masih tidak faham maksudnya "Maksud doktor?" "Keluarga kamu semua sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan hendak ke sini. Mereka kehilangan banyak darah." Air mataku mengalir laju membasahi pipi. Aku menjadi tidak berdaya dan mukaku menjadi pucat. Aku tidak dapat berkata apa-apa. "Aku sudah menjadi anak yatim piatu? Dengan diapa lagi selepas ini aku hendak bermanja? Aku tiada lagi tempat untuk mengadu. Ibu, ayah kenapa pergi tinggalkan Syafiqah seorang diri. Syafiqah perlukan ibu dan ayah serta adik." Aku berbisik di dalam hati. "Aku tidak tahu lagi hendak tinggal dengan siapa selepas ini, sudahlah tiada saudara. Mungkin aku tinggal di tepi jalan agaknya." Bisikku lagi.

Doktor Alyna hanya memandangku dari jauh. Aku membiarkan dia melihatku. Aku tidak mengendahkan kehadirannya. Doktor Alyna semakin dekat denganku. "Bersabarlah. Allah lebih sayangkan mereka. Berbanyak-banyaklah berdoa supaya mereka aman di sana." Aku terus memeluk Doktor Alyna untuk melepaskan rinduku kepada ibu. "Ibu, Syafiqah rindukan ibu sanga-sangat." Aku mengeluarkan isi hatiku yang sudah lama kupendam. "Syafiqah, anggaplah saya seperti ibu kamu. Saya tidak kisah." kata Doktor Alyna. "Terima kasih ibu Alyna." kataku sambil tersenyum.

Aku dijaga oleh Doktor Alyna bersama suaminya yang menganbil berat tentang diriku. Aku disayangi seperti anak sendiri. Aku semakin selesa dengan mereka. "Ibu Alyna, Syafiqah mahu pergi ke kubur ibu dan ayah boleh?" "Baiklah sayang." Sampai di kubur, aku mendoakan kesejahteraan mereka. "Ibu, Syafiqah sihat dekat sini, ibu jangan risau. Syafiqah ada ibu Alyna."

"Syafiqah, mari kita pulang." "Baiklah ibu." Aku memulakan langkah untuk menuju ke kereta. "Ibu, ayah, adik. Syafiqah akan datang melawat lagi. Sayang ibu, sayang ayah, sayang adik." desis hatiku.

-------------- THE END --------------