nsaffas.
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies
Hello earthlings!This is my official bloggie. This blog was born on 22 July 2010. All in this blog is Mine. No copycat here. Behave yourself!


Bigfoots!


Credits

thirty-one . may . two thousand eleven

Semoga terhibur :D
Shafiqa bangun daripada tidurnya lalu mengambil tuala menuju ke bilik mandi untuk membersihkan dirinya dengan segera. Pagi itu dia dan keluarganya akan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama saudara-mara yang sudah lama tidak dihubunginya. Semasa mencuci rambut, syampu telah termasuk ke dalam matanya. Dia cuba mencari paip air tiba-tiba dia tersentuh satu benda yang lembik. Dia cuba membuka matanya lalu menjerit dengan kuat. Rupa-rupanya dia terpegang cicak. Dia memarahi cicak itu kerana telah membuat dia terkejut dan menjerit. "Kakak, kenapa menjerit?" "Ada cicak buat kakak terkejutlah ibu" "Macam-macam lah kakak ni" Shafiqa tidak berkata apa-apa.

Setelah setengah jam mandi, Shafiqa kembali semula ke biliknya untuk menghias diri sambil tersenyum lebar, "Tak sabar nak jumpa saudara-mara" desisnya. Tidak lama kemudian, dia keluar dari biliknya untuk bersahur sebelum memulakan perjalanan. Dia menjamu dengan penuh selera sehingga lupa untuk berhenti. "Shafiqa, sudahlah tu. Banyak kamu makan tu. Nanti sakit pulak perut tu. Waktu sahur pun dah hampir habis" "Baiklah ibu" dia menurut tanpa bantahan. Shafiqa mula menolong bapanya memasukkan barang ke dalam bonet kereta. Tiba-tiba ada satu bunyi yang tidak disangka, terhasil. Shafiqa memegang perutnya lalu tersengih seperti tidak bersalah. Dia menuju ke bilik air tanpa mengendahkan sesiapa. Perutnya terlalu sakit dan ingin melepaskan sesuatu. Setelah puas, Shafiqa keluar melulu kerana keluarganya sudah tunggu lama. "Maaf, hehe" "Iqa ni, suka buat orang tertunggu-tunggu" kata abangnya, Shafiy. Shafiqa hanya menjeling abangnya yang suka menyakatnya itu.

Shafiqa mengambil tempat di tepi abangnya tadi kerana dia rapat dengan Shafiy berbanding abangnya yang lain, Shafiq dan Shafie. Begitu juga kakaknya, Shafira dan Shafiza. Dia lebih selesa dengan Shafiy kerana Shafiy mengambil berat akan dirinya dan selalu berkongsi masalah. Mereka seperti isi dengan kuku yang tak boleh dipisahkan. Ibunya pun tidak tahu hendak buat apa dengan mereka. Mereka begitu rancak berbicara tanpa mengendahkan situasi sekeliling.

Shafiy berhenti berborak dengan Shafiqa secara tiba-tiba. "Abang, kenapa diam?" "Abang dah penat lah adik" "Yelah abang." Shafiqa bosan lalu memandang keluar tingkap kereta melihat keindahan matahari pagi dan sawah padi yang sedang menghijau. Alangkah cantiknya pemandangan kawasan sawah padi kiri dan kanan lebuh raya yang kami lalui. Ibu dan ayah rancak bercerita tentang persiapan yang akan mereka lakukan setelah sampai ke destinasi nanti. Aku cuba menghilangkan bosan dengan mengimbas kembali suasana Hari Raya Aidilfitri tahun lepas di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. "Ahh, sungguh bosan jika balik sana. Tiada siapa yang ada, jika ada pun cuma keluargaku dengan keluarga Pak Longku saja. Anaknya pun, sudah besar. Tidak mahu bergaul sangat dengan kami. Tapi, jika balik ke Kedah. Ada juga lah kawan untuk berborak" Mukanya yang seperti kerang busuk bertukar jadi ceria. Abangnya hanya mampu menggelengkan kepala melihat kerenah adik manjanya itu.

Ayah memandu laju ketika rancak berbincang dengan Ibu. Tiba-tiba aku terdengar satu dentuman yang amat kuat. Aku berasakan badanku sakit dan kepalaku berdarah. Aku mencuba untuk keluar dari kereta dan meminta tolong kepada orang lain, tetapi sayangnya aku terlalu lemah untuk bergerak. Air mataku mula mengalir membasahi pipi, aku melihat sekeliling, abang dan kakakku tidak sedarkan diri sama seperti orang tuaku. Aku tidak mampu berbuat apa-apa, aku hanya mampu untuk berdoa agar Allah memberi pertolongan kepada kami. "Ya Allah, selamatkanlah kami. Berikanlah kami pertolongan, kami amat perlukannya."aku bermonolog dalaman.

Setelah lama aku menunggu pertolongan, akhirnya sepasang suami isteri beragama Kristian menolong kami dan menghubungi ambulans untuk menghantar kami ke hospital berdekatan. Aku amat bersyukur kerana masih ada manusia yang ingin menolong kami dan prihatin. Aku hanya mampu tersenyum ketika melihat mereka menolong kami. Aku banyak kehilangan darah, badanku semakin lemah longlai dan aku mula menutup mataku.

Aku dimasukkan ke wad khas kerana badanku terlalu lemah dan kritikal. Semalam aku tidak sedarkan diri. Keesokan harinya, keadaanku semakin stabil. Aku dipindahkan ke wad biasa. Aku dirawat sepenuhnya oleh Doktor Amira di Hospital Alor Setar, Kedah. Aku cuba mencari ibu bapuku dan keluargaku yang lain. Tetapi tidak diketemukan. Aku mengambil keputusan untuk bertanya kepada Doktor Amira.

"Doktor, boleh saya berbincang dengan doktor sebentar?" sapaku. "Sudah tentu boleh. Apa yang mahu kamu bincangkan? macam penting nampaknya." jawabnya. "Boleh saya tahu dimana keluarga saya yang lain dirawat?"Doktor Amira terdiam seketika. Aku masih menantikan jawapan dengan penuh harapan. tidak lama kemudian, "Syafiqah, keluarga kamu semuanya masih dirawat dengan rapi oleh Doktor Iskandar." "Dimana doktor?" "Di Hospital Kangar" "Kenapa begitu jauh dari saya?" "Keadaan keluargamu terlalu kritikal. Kami kekurangan doktor untuk merawat mereka. Disitu sahajalah harapan kami" "Boleh doktor hantar saya ke sana? Saya mahu berjumpa keluarga saya." "Sudah tentu." Wajah Shafiqa kelihatan ceria dan dia tersenyum. "Tetapi" "Tetapi apa doktor?" "Bukan sekarang masanya. Kamu masih lagi tidak dibenarkan untuk keluar dari wad. "Wajahnya berubah lalu berkata "Baiklah doktor" Shafiqa meninggalkan Doktor Amira keseorangan tanpa memandang muka doktor itu. Dia menuju ke biliknya untuk merehatkan diri agar dia cepat sembuh dan boleh bertemu dengan keluarganya.

Waktu pagi yang sangat bosan, Shafiqa mengambil keputusan untuk pergi bersiar-siar ke taman untuk menghilangkan bosannya itu. Shafiqa duduk di sebuah kerusi yang telah disediakan dan memandang-mandang ke kiri dan ke kanan untuk melihat sekeliling yang meriah ini. Tiba-tiba, Shafiqa ternampak seorang budak kecil bersama ibu bapanya dan beradiknya yang lain. Keluarganya menyambut budak itu dengan gembira "Mungkin budak itu baru keluar wad agaknya" tanpa disedari, air mata Shafiqa membasahi pipi. Dia tidak dapat menahan perasaan cemburu budak itu bersama keluarganya itu. Shafiqa teringat akan kegembiraannya yang telah dia lalui bersama abang dan kakaknya dulu, dia rindu dengan peristiwa lamanya. Abangnya, Shafiq dan Shafie sibuk bekerja. Kakaknya, Shafira pun bekerja dan Shafiza pula sambung belajar di UiTM Jengka, Pahang. Mukaku mula pucat seperti baru lihat hantu. "Jika aku dapat putar kembali masa, ingin saja aku putarnya." "Ibu ayah, Shafiqa rindu ibu dan ayah. Harap ibu dan ayah baik-baik saja di sana. Jangan tinggalkan Shafiqa ya?" "Along, angah, bangcik, alang, Afiy, jangan tinggal Shafiqa juga tau. Shafiqa akan datang menjenguk korang, tunggu tau."desis hatinya.

Doktor Amira hanya memandangku dari jauh. Aku tidak perasan bahawa dia sudah lama memerhatikan diriku, mungkin dia tidak mahu ganggu aku. Doktor Amira semakin dekat denganku. "Jangan bersedih, mereka baik-baik saja di sana. Mereka sudah di masukkan ke wad biasa. Keadaan mereka sudah stabil. Mungkin beberapa hari lagi mereka akan keluar." Aku hanya mampu tersenyum. "Oh ya! Hampir terlupa saya, Astaghfirullahalazim." Ucap Doktor Amira. Aku tergelak. "Kenapa doktor?" "Mari ikut saya, saya ada kejutan untuk awak." "Kejutan apa doktor? Janganlah buat saya berdebar." "Ikut sajalah" Shafiqa hanya akur dan ikut Doktor Amira. Mereka menuju ke bilik yang didiami oleh Shafiqa. Doktor menyuruh aku menutup mata, aku hanya turut perintahnya. Perlahan-lahan, aku dibawa masuk ke dalam. Aku disuruh duduk di atas katil. Tiba-tiba, "Surprise!" Aku cepat-cepat membuka mata. Rupa-rupanya saudaraku telah datang untuk menjengukku. Air mataku mengalir sekali lagi kerana terharu dan terdiam. Aku dipeluk oleh saudaraku yang paling rapat iaitu Syafa. Syafa ialah saudara seumurnya yang amat rapat dengannya sejak kecil lagi. Aku melepaskan pelukkan Syafa, "Terima kasih" "Sama-sama. Perkara kecil je, lagipun kami baru saja sampai di sini. Mari pulang, kita ambil nenek dan datuk lepas itu kita pergi Hospital Kangar." "Betulkah?" "Iya Shafiqa. Awak dah boleh balik hari ini, saya sengaja tidak memberitahu kamu." Shafiqa mula membuat muka seperti ingin protes. Mereka semua gelak melihat gelagat Shafiqa yang manja itu. "Sudah, mari kita pulang. Mak Uda dah bayar bil dah." "Baiklah." Semasa aku ingin menuju ke bawah. Aku menarik tangan Doktor Amira agar dia melihat kepulanganku. Doktor Amira hanya mengikut kehendakku.

Aku memandang muka Doktor Amira. Dia hanya tersenyum kepadaku. Aku menyalami tangan dan memeluk erat "Terima kasih doktor" "Sama-sama Shafiqa. Jaga diri baik-baik tau, jangan nakal-nakal." "Baik bos!" Shafiqa tersengih. Kereta yang dipandu oleh Pak Uda, mula berjauhan dari Hospital Alor Setar, Kedah. Shafiqa kembali sunyi kerana tiada sesiapa yang ingin mendengar luahannya melainkan Doktor Amira. "Shafiqa harap, Shafiqa dapat jumpa Doktor Amira lagi" katanya kepada Syafa. "Berdoalah Shafiqa, supaya kau boleh jumpa dia suatu hari nanti"

Sampai sahaja di kampung, aku merehatkan diri untuk menghilangkan penat yang masih tersisa semasa berada di hospital. Mereka semua mengemas barang ke dalam bilik yang selalu menjadi tempat meletak perkakas yang di bawa setiap kali pulang ke sana. Tanpa aku sedari aku tertidur seketika, nenekku mengejutkan aku agar menyertai mereka berbuka puasa. Dalam keadaan mamai, aku masuk ke bilik untuk sambung tidur. Mereka tergelak melihatku, nenek aku hanya biarkanku tidur. "Mungkin dia penat" "Biarkan je lah mak, nanti kita bawa bekal untuk dia, mungkin dia lapar semasa dalam perjalanan nanti" kata Pak Long.

Selepas Isyak, kami bersiap-siap untuk mengambil keluargaku. Aku, Pak Uda, Syafa dan nenek saja yang pergi. Mak Uda, datuk dan Pak Long sekeluarga membersihkan rumah sementara menunggu kepulangan Mak Ngah, Pak Su, Mak Lang dan Abang Erul. Kami memulakan perjalanan dengan membaca doa agar selamat sampai ke hospital dengan cepat. Setelah satu jam, kami sampai juga akhirnya di Hospital Kangar. "Alhamdulillah" "Syukurlah cu, kita sudah sampai. Mari masuk" "Baiklah nek"

Aku menuju ke kaunter pertanyaan. "Cik mahu cari siapa?" "Saya mahu cari Encik Sharif, Puan Firzanah, Muhammad Shafiq, Muhammad Shafie, Muhammad Shafiy, Nur Shafira dan Nur Shafiza." "Mereka berada di tingkat 2." "Terima kasih" Aku dan Syafa bergegas ke tingkat 2 manakala nenek dan Pak Uda membayar bil. Aku tidak sabar-sabar hendak berjumpa dengan mereka. "Ibu! Ayah!" "Shafiqa! Ya Allah," Aku memeluk ibu dan ayah sambil mengalirkan air mata. Betapa rindunya aku pada ibu, ayah dan mereka. "Abang, kakak." Aku perlahan-lahan memeluk mereka semua. "Afiy rindu Shafiqa" "Adik pun" Kami meleraikan pelukan ketika mendengar nenek menjerit nama ibu dan ayah "Sharif! Firzanah!" Kami ketawa melihat nenek menjerit nama ibu dan ayah. "Mari kita pulang, nanti lewat pula sampai ke rumah. Malam ni kena buat persiapan. Esok sudah raya" "Horayy!" Aku dan Syafa menjerit.

Kami meninggalkan Hospital Kangar tepat pukul 10.00 malam. Ibu dan nenek rancang bercakap manakala yang lain buat hal masing-masing termasuk Syafa yang keletihan terlelap di sebelahku. "Terima kasih Allah kerana masih beri aku peluang untuk bersama keluargaku ini."


---------- THE END ----------

*Maaf jika ada salah silap yang tidak disengajakan, cerita ini hanyalah untuk suka-suka sahaja. Terima kasih (: Nanti kalau aku ada idea lagi, aku buat :D