nsaffas.
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies
Hello earthlings!This is my official bloggie. This blog was born on 22 July 2010. All in this blog is Mine. No copycat here. Behave yourself!


Bigfoots!


Credits

twenty-six . may . two thousand eleven

Bila dikhianati cinta, kuatkan semangat relakan kemaafan

Perit sekali apabila diri dicurangi.. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga.. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi.. Hanya insan yang pernah dicurangi bisa merasakan perasaan itu, bisa memahami segalanya.. Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam, dan membunuh diri serta melakukan pekara yang dilarang agama..

Dan kita harus mengerti, setiap perkara yang terjadi mempunyai hikmah yang tersendiri.. Hikmah yang cukup indah yang bisa menyembuhkan luka di hati.. Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari. Yakinlah bahawa, Allah tidak akan memberi dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri..

Hidup kita akan sentiasa mendendami dan masih bersisa kesakitan yang terjadi akibat kecurangan tika cinta dikhianati.. Dan kita pasti amat susah memaafkan dan menerima kembali pasangan kita itu seolah menjadi ketakutan yang dasyat pabila teringatkan kelakuan yang menyakitkan hati.. Pasti susah untuk kita memaafkan dan menerima kembali pasangan kita itu, apatah lagi untuk melupakan kecurangan tersebut..

Namun, kita haruslah beringat bahawa memaafkan seseorang adalah perkara yang mulia.. Dan kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum apatah lagi tidak memberi kemaafan.. Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan kita hambanya.. Untuk memberi hukuman, jauh sekali.. Kita serahkan pada Allah yang Maha Adil..

Kita mungkin dapat memberi kemaafan pada setiap kecurangan, namun untuk melupakannya mungkin mustahil.. Apa yang patut kita lakukan adalah memberi peluang, menjadikan perkara tersebut sebagai ikhtibar serta berdoa.. Ingatlah, kita ada Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan berharap.. Allah tidak akan mengecewakan kita.

Hakikatnya, Allah jadikan kita kuat untuk menghadapi ujian dan dugaanNya kerana pengalaman pahit dan manis itulah menjadi ukuran..

Kita pernah merasa merana dan derita akan satu kenangan yang tak mungkin kita lupa dengan sekelip mata.. Kita terluka dan terpahat di dalam jiwa kita parut yang dalam.. Kita dicurangi dengan kiasan yang tidak mampu kita hadapai.. Kita di tinggalkan dalam sunyi dan sepi menjadi jarak menemani perjalanan keseorangan.. Kita memandang jauh dalam dalam, dan terdetik di kalbu mengapa ini semua berlaku pada kita.. Sedang kita masih tersungkur jauh dalam lemah mengatur langkah yang panjang untuk pergi, tapi kita tidak mampu untuk bangun..

Pada cinta yang pernah bersemi, masih kita mengingati saban waktu tidak mengira masa.. Pada hati yang masih merindui, kenangan itu tetap segar dan mekar walau di asak pergi..

Mengapa masih ada rasa sayang dan cinta lagi pada insan yang sudah tidak menjadi milik kita? Sedangkan kita tahu, di antara kita dan dia sudah tersurat tiada jodoh..

Dan bila kita sudah masih lagi menagih simpati pada sudut curang yang telah menghancurkan cinta yang pernah ada, kita pasti akan tertinggal jauh.. Jauh dalam dendam dunia yang tak sudah sudah.. Seharusnya kita, bersyukur pada Allah kerana menunjukkan perihal sebenar siapa dia.. Dan memberi pengajaran serta pengalaman yang amat bermakna sebagai penunjuk jalan ke depan..

Langkah saja kaki kita tanpa rasa kecewa dan harapan yang sudah tidak pasti.. Biarlah sejarah itu tetap menjadi sejarah untuk di kenang kenang dan bukan untuk di ulang ulang..

Memang kita masih menyimpan rasa cinta itu lagi, dan masih lagi mengharapkan si dia berubah suatu masa.. Tapi bagiku, kecurangan dalam mengkhianti cinta cukup sahaja untuk sekali.. Kerana diri kita amat bermakna untuk menjaga hati kita sendiri..

Memaafkan dengan kata kata berlapikkan keikhlasan dari sudut hati.. Melepaskan dan melupakan yang terjadi susah untuk berlaku namun sekurang kurangnya kita manusia yang masih ada harga diri..

Akan ku kenang kenangan kita dulu.. Kerana kita pernah sama rasa erti bahagia.. Jangan sampai rasa benci itu memakan hati.. Kerana kamu dan aku tak mungkin lagi bersatu.. Dan cinta akan kamu, membuatkan aku semakin tabah.. Mengenal erti kesetiaan yang dulu sering dipersoalkan